Komputer generasi pertama ( 1942 - 1959 ) ialah komputer yang menggunakan tiub vakum elektronik. Pelaksanaan operasi oleh komputer ini adalah beribu-ribu kali lebih pantas daripada pergerakan alat mekanik. Pada tahun 1946, komputer berdigit elektronik pertama yang dinamai ENIAC (Elektronik Numeric Integrator And Computer) telah dibina di Amerika Syarikat oleh John Mauchly dan Presper Eckert untuk penggunaan dalam bidang ketenteraan. Pada 1950 pula, EDVAC (Elektronik Discrete Automatic Computer) diciptakan.
Pada tahun 1951, UNIVAC-1 (UNIVersal Automatic Calculator) yang merupakan komputer berdigit komersial pertama dibina oleh Eckert dan Mauchly untuk kegunaan dalam bidang perdagangan. Kejayaan UNIVAC-1 membuka jalan kepada pengurusan perniagaan berasaskan komputer. Penggunaan tiub vakum adalah salah satu sebab mengapa saiz komputer generasi pertama ini besar, dan ia juga cepat menjadi panas kerana banyak tenaga elektrik digunakan. Turut menggunakan tiub raksa (merkuri) untuk storan. UNIVAC I digunakan oleh Biro Banci Penduduk Amerika Syarikat. Selepas kejayaan ENIVAC I banyak komputer-komputer berkaitan pengurusan dan perniagaan muncul selepasnya.

Perkembangan yang paling dihargai ialah permulaan komputer menyimpan ingatan di dalamnya, dikenali sebagai konsep aturcara tersimpan (stored program concept). Konsep yang dicadangkan oleh John von Neumann ini juga menitikberatkan penggunaan nombor binari untuk semua tugas pemprosesan dan storan.

Dr. Mauchly dan Eckert juga membantu pembinaan komputer EDVAC (Electronic Discrete Variable Automatic Computer) yang mengurangkan penggunaan tiub-tiub vakum. Pengiraan juga menjadi lebih cekap daripada ENIAC. EDVAC menggunakan sistem nombor binari dan konsep aturcara tersimpan.
Komputer EDSAC (Electronic Delay Storage Automatic Calculator) memperkenalkan penggunaan raksa (merkuri) dalam tiub untuk menyimpan ingatan. Cara ini didapati lebih ekonomi daripada tiub vakum tetapi pada amnya ia masih dianggap terlalu mahal. EDSAC dimajukan oleh Unviersiti Cambridge, England.
Ciri-ciri :
1. Menggunakan teknologi tiub hampagas.
2. Berupaya memproses beberapa ribu arahan sesaat; lebih pantas daripada pergerakan alat mekanik.
3. Berupaya menyimpan 10,000 - 20,000 aksara.
4. Menggunakan ingatan teras magnet. Teras magnet adalah gelang-gelang logam yang amat kecil dan boleh memberikan kuasa magnet melalui satu dari dua arah.
Contoh :
1. ABC - komputer digital elektronik pertama ( 1937 - 1942 ) oleh John V. Atanasoff dan dibantu oleh Clifford Benry.
2. ENIAC - diusahakan oleh John W.Mauchly dan J.Presper Eskert. Dibina tahun 1945 - 1946, permulaan era cemerlang.
3. EDVAC, EDSAC dan UNIVAC 1, IBM 709 - John Von Neumann, Mauchly dan Eskert ( 1951 )
4. IBM 701 ( 1953 )
5. IBM 650 ( 1959 )

Tidak ada komentar:
Posting Komentar